Thursday, March 26, 2009

Mesyuarat Agung Yang Ketiga

Assalammualaikum wrt wbt

Sila dimaklumkan bahawa Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung yang Ketiga pada hari Ahad, 29 Mac 2009. Oleh itu, kami ingin menjemput tuan/puan ke Mesyuarat tersebut dan butir-butirnya adalah seperti berikut:-





Tarikh:                 29 Mac 2009 / 2 Rabiulakhir 1430H (Ahad)


Waktu:                 10.00 pagi


Tempat:               Pejabat MACMA Selangor


                                10A, Jln 9, Taman Sekamat


                                Sg Sekamat, Batu 12 Jln Cheras


                                43000 Kajang, Selangor D.E


                                (klik disini untuk peta jalan)


 


Agenda Mesyuarat:


 




  1. Menerima, menelaah dan bersetuju dengan Laporan Pelan Strategik MACMA Selangor

  2. Menerima dan menelaah Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2008

  3. Menerima dan menelaah Laporan Kewangan Beraudit yang berakhir pada 31 Disember 2008

  4. Menerima dan menelaah Laporan Unjuran Bajet 2009

  5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif ("EXCO") 2009-2011

  6. Resolusi (jika ada)


Kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung ini amatlah dihargai.

 

No comments:

Post a Comment